Monday, April 23, 2007

6 kunci kekayaan

Kunci 1: Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang
Ulasan: Mengapa kita tak kaya? Jawabnya kerana kita tidak memperkayakan diri kita sendiri. Setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperkayakan orang lain.Anak isteri kita bahkan seluruh keluarga kita tidak membantu kita menjadi kaya……sebaliknya mereka turut membantu memperkayakan orang lain. Maksudnya Pendapatan kita masuk ke poket penjual yang memenuhi keperluan seharian.

Kunci 2: Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan.
1. Simpan 1/10 untuk dilupakan
2. simpan 1/10 untuk melunaskan hutang
3. simpan 1/10 untuk agama
4. gunakan 2/10 untuk keluarga
5. gunakan 1/10 untuk diri sendiri
6. berikan 1/10 kepada orang tua
7. Laburkan 2/10 untuk digandakan semula
8. laburkan 1/10 untuk perniagaan yang sedia ada

Kunci 3: Mengandakan wang melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan- jangka
panjang
Kunci 4: jangan berhutang dan jangan memberi hutang
Kunci 6: Berdoa, bertakwa dan bertawakal

Pintu kekayaan
Asas perniagaan adalah transaksi jual beli antara penjual dan pembeli.
Peniaga boleh diibaratkan sebagai penunggu PINTU JALAN atau PINTU SUNGAI.
Ia menunggu aliran penbayaran demi pembayaran daripada orang yang membayar kerana sebab yang cukup kuat akan menyebabkan bayaran mengalir masuk melaui pintu kita ibarat sungai yang tidak pernah surut.
Ada 4 jenis sungai perniagaan yang sentiasa mengalir dan tidak pernah surut.
1. Perniagaan makanan
2. Perniagaan ubatan dan kesihatan
3. Perniagaan pendidikan
4. Perniagaan pakaian

Kejayaan dalam perniagaan
1. Merdeka dalam perniagaan
2. Sebagai pengusaha kita mesti menjadi penguasa perniagaan kita sendiri.
3. Elak bergantung kepada orang lain.
4. Membuka cawangan yang banyak. Jika pendapatan satu kedai RM100 sehari, kira kalau
kita mempunyai 10 kedai. Jika 100 kedai? 1000? 10000 kedai?
4. Kurangkan kos bebanan. Ukur badan sendiri.
5. Perlu ada keserasian. Keserasian bukan sekadar kesesuaian, ia lebih dari itu. Keserasian bukan sekadar soal teknikal ia juga berkaitan soal spiritual. Soal dalaman dan kejiwaan.


#Petikan dari nasihat/petua Kiai Muhidin- kiai pasentren jutawan usahawan zuhud dari Jawa.

No comments: